Tuesday 22 October 2013

Hukum Berpurdah ~

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah masih diberi peluang hidup peluang perbaiki hidup ini peluang untuk raih keredhaanNYA InshaaALLAH :') 

Ramai tak faham apa hukum berpurdah ni penjelasan dari rakan ana :)

ok, first.. apa hukum pakai purdah?
dalam mazhab syafi'e ade dua qaul..
Baru)
1) Qaul Qadim (Asal)
2) Qaul Jadid (Baru)

Qaul yg qadim ni adalah dari Imam Syafi'e Rah. yakni mengatakan hukum memakai purdah adalah wajib..
Dalam mazhab Syafi'e, aurat wanita ni ada 3 keadaan..

1) Aurat semasa solat
2) Aurat semasa di luar solat (yakni di khalayak ramai)
3) Aurat semasa bersama mahram
Aurat semasa solat adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan (dalam kitab tulis tapak tangan, tapi praktikalnya adalah pergelangan tangan).. Muka tak boleh ditutup ketika solat kerana 2/3 permukaan dahi WAJIB sentuh tempat sujud.. Sebab tu wanita ni seelok-eloknya solat di rumah dan jika solat di masjid/surau mesti di kawasan tertutup/bertirai.. Tapi jika darurat dan terpaksa solat di khalayak ramai, contoh solat di tepi highway sebab kereta rosak kat highway seremban @ jalan jem giler terpaksa solat tepi jalan raya.. maka pemakaian purdah tetap wajib tetapi tak perlu tutup dahi, tutup mulut dan hidung je, yakni cam purdah yag geng-geng usrah selalu pakai.. Hidung boleh tutup sebab hidung tak WAJIB sentuh tempat sujud, yang wajib dahi, 2 tapak tangan, 2 lutut, 2 perut jari kaki (7 anggota kesemuanya)..
Aurat semasa di luar solat adalah seluruh tubuh badan.. takde kecuali2 ye.. SELURUH TUBUH BADAN..!!! Ni adalah pendapat yg asal dalam mazhab Syafi'e.. Maka adalah SALAH jika memakai purdah tapi separuh (tak tutup dahi).. nampak kening pun salah.. sebab SELURUH TUBUH BADAN wanita adalah aurat.. Cuma ade beberapa ulama' yang kata, boleh tak tutup mata untuk mudah nampak jalan.. tapi sekarang ni kan dah ada kain yang jarang.. so gunalah kain yang jarang tu untuk tutup bahagian mata.. maka orang tak nampak mata wanita tu tapi wanita tu boleh nampak jalan.. Tapi kalau tak nak pakai kain yg jarang tu untuk tutup bahagian mata pun takde masalah, sebab memang ade ulama' yang kata boleh.. Tapi yang jadi masalah bila ade yang tak nak tutup mata sebab nak tunjuk kat khalayak yang mata dia tu cantik lalu pakai celak, maskara, dll.. Ni adalah perbuatan yang BODOH, TABARRUJ (menarik perhatian lelaki), dan BANGGANG.. Kerana hukum memakai celak, dan sebarang make-up adalah HARAM.. Walaupun memakai celak tanpa ada niat untuk menarik perhatian lelaki, hukumnya tetap HARAM.. Memakai purdah penuh dan tutup secara sempurna tapi colourful, ade bunga2, hiasan manik2, batu2, kelip2 kat jubah/abaya tu tetap hukumnya HARAM kerana tabarruj..
Aurat semasa barsama mahram adalah antara pusat dan lutut..
Wanita kafir adalah bukan mahram, dan wajib pakai purdah penuh dan tutup sempurna semasa bersama mereka..

Ok, yang aku cerita tu semua tadi adalah qaul yang qadim yakni pendapat yang asal dalam mazhab Syafi'e.. Sesiapa yg tak mampu untuk beramal dengan qaul yang qadim ni bolehlah beramal dengan qaul yang jadid yakni pendapat yang baru sebagai alternatif, qaul yang jadid ni boleh di amal untuk semantara waktu bagi mreka yang belum mampu beramal dengan qaul yang qadim.. Tapi semantara tidak mampu tu, hendaklah buat dakwah usaha atas iman dan tingkatkan iman sehingga mampu beramal dengan qaul yang qadim tadi..
Qaul yang Jadid ni adalah dari Imam Nawawi Rah. beliau merupakan seorang ulama' mujtahid mazhab yang hebat dalam mazhab Syafi'e.. Beliau mengatakan hukum memakai purdah adalah SUNAT bagi mereka yang belum mampu.. Dan qaul ni lah yang di amalkan di Malaysia dan Indonesia.. Negara-negara bermazhab Syafi'e seperti Yaman dan Sri Lanka, para ulama' mereka berpegang dengan qaul yang Qadim yakni WAJIB memakai purdah, sebab itu jika kita pergi ke negara Yaman dan Sri Lanka, wanita Islam di sana semuanya memakai purdah.. Tapi ulama' di Malaysia, mereka tahu yang rakyat di negara ini lemah iman, nak pakai tudung pun susah, solat pun malas, maka mereka berpegang dengan Qaul yang Jadid yakni SUNAT memakai purdah.. Tapi siapa yang dah mampu, hendaklah beralih dari qaul yang Jadid kepada Qaul yang Qadim.. Dalam Qaul yang Jadid ni menyatakan aurat wanita adalah seluruh tubuh badan KECUALI muka dan tapak tangan..
InshaaALLAH semoga kita dapat ambil iktibar dan sampaikan kpada yang lain InshaaALLAH..
Semoga hidayah ALLAH tersebar luas..
Semoga ALLAH bagi kefahaman kepada kita..
InshaaALLAH :')
Kemahuanku keperluanku Impianku :')

No comments:

Post a Comment