Monday 7 January 2013

Renungan :')

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah kita masih bernafas dan masih mampu berdiri untuk meneruskan perjuangan hidup didunia ini. Perjuangan untuk mencari bekalan didunia untuk akhirat nanti. In Shaa Allah :') Sebenarnya banyak idea nak taip kat blog ni tapi tak ada rezeki nak online dekat laptop then taip menaip segala idea dan segala galanya lah. Sekarang bila dah online otak bercelaru pula nak taip apa pula Astagfiruallahalazim. hee asiff :')
First bila dah tengok pelbagai ragam manusia terdetik dihati "tak nak jadi begitu la tak nak jadi begini la". Okay ada yang duduk dengan rakan perempuan ada yang berdua duaan siap bermesra mesra. Ohh hati tak jeles sikit pun tapi hati ni sedih lihat mereka begitu. Awak dah bernikah ke ? Bukan saya nak sibuk hal awak tapi awak saudara islam saya saya malu. Awak nak mesra pun ada batas la tak payah tepuk tampar tak payah pegang pegang tak payah manja manja bagai. YA ALLAH AKU TAKUT AKAN AZABMU :'( . Rugi bila dah buat macam tu then putus tiada apa2 hubungan yang sah. Rugi sangat. Lepas putus buat lagi begitu dengan orang lain Ya Allah jika Allah boleh tunjuk berapa banyak dosa kita pasti kita tidak boleh tidur kerana inginkan keampunan dari ALLAH. AWAK YAKIN LAH PADA ALLAH. AWAK JAGA BATAS PERGAULAN AWAK INGATLAH ALLAH SENTIASA LIHAT APA YANG KITA BUAT. JIKA DIA JODOH KITA TAKKAN KEMANA SEJAUH MANA AWAK PERGI DIA AKAN TETAP JADI JODOH  AWAK "KUN FAYAKUN" . AWAK YAKIN PADA ALLAH YE. Sekarang ni tugas awak study capai cita cita dan harapan keluarga awak. Awak tunggu sambil awak belajar agama dan perbaiki diri kearah lebih baik. Nanti senang nak bimbing awak ke syurga. In Shaa Allah :')

Saya berkata kata untuk diri saya juga kerana saya takut akan azab ALLAH.
Memang saya manusia biasa saya juga sering terleka dengan dunia juga.
Saya nak ingat mengingati. Saya pun ingin dinasihati juga.
Jika ada kesalahan saya tegur lah.
Semoga ALLAH pelihara diriku :')
Aku takut akan azab Allah.
Semoga post kali bermanfaat untuk semua.
Sekadar peringatan sahaja :')



Salam permisi dari saya insan biasa yang hidup menginginkan keredhaan Allah.
Semoga Allah lindungi kita :')
Doa2kan lah :')
Assalamualaikum W.B.T :)












No comments:

Post a Comment